Follow?



Ramai yang berkata,Cinta itu Buta.Benarkah kata-kata mereka ini.Aku yang masih dalam delima cinta sendiri keliru dengan perasaan sendiri.Aku buntu,adakah cintaku ini yang dimaksudkan cinta yang buta. Kalau benar cinta itu buta,bagaimana dengan perasaanku ini.Haruskah aku melawan atau kuturuti.Cinta...Benarkanlah aku mengetahuimu.Apa erti cinta yang sebenar.

Hayatilah Blog Ini

 orang dalam dilema.


Mahligai Percintaan

Mutiara Cinta


"Cinta itu adalah anugerah.Anugerah yang dikurniakan oleh tuhan kepada makhluknya.Cinta itu lumrah.Seseorang itu tidak akan dapat lari daripada mencintai dan dicintai."
Cinta mu Untuk mu


Pembuka Bicara
Assalamualaikum dan salam cinta buat anda yang sudi melawat ke blog ini.Blog ini sekadar mengongsikan ilmu berkaitan dengan cinta.Bersesuaian dengan tajuk blog ini sendiri iaitu "Mahligai Percintaan". Mungkin isi kandungan yang terdapat dalam blog ini boleh menjadi tantapan dan renungan kepada anda yang mungkin dalam delima percintaan atau sudah memilikinya dan tidak mahu ianya hilang begitu sahaja. Baiklah,saya harap dengan perkongsian ini dapat memberi ilham atau pengajaran yang bermanfaat kepada anda yang sudi untuk menyinggah ke blog ini.Hayatilah:
Mahligai Percintaan

Cinta Berlalu Pergi
Cinta Silam
Perasaan Cinta Bukan Dibuat Mainan
Cinta Yang Aku Punya
Kata Orang Soal Cinta
Air Matamu Sungguh Berharga
Bagaimana Menolak Cinta
Ungkapan Sebuah Cinta
Saya Cintakan Awak,Tapi?
Banner MP Dah Siap.
Seteguh Cinta
Bila Dia Cinta Sejati Mu

Cinta Dalam Kenangan
Disember 2010
Januari 2011
Jun 2011
Julai 2011
September 2011

Halaman Facebook

Kongsikan Banner MP


Pengomen Terkini
Bagaimana Menolak Cinta.
Rabu, 29 Disember 2010
 


Baru-baru ni,ada seorang rakan MP datang bertemu dengan MP.Dia datang lalu menceritakan apa masalah yang sedang dihadapi olehnya.Dia beritahu MP,dia kata ada seseorang mencintainya.Orang itu telah membuat pengakuan yang berterus terang kepadanya.Kawan MP ni kata,dia sudah mempunyai seseorang yang dicintai.Namun dia tidak sampai hati untuk menolak cinta orang tersebut.Dia tanya MP,Bagaimana nak menolak cinta seseorang itu?

Persoalan yang bakal MP rungkaikan di blog MP ini.
Ianya mungkin amat mengelirukan dalam menhadapi situasi seperti ini,namun ia harus diharungi dengan bijaksana.
Langkah yang salah mampu mengundang masaalah.

Anda tidak seharusnya memberitahunya secara berterus-terang bahawa anda tidak boleh menerima cintanya.Tindakan ini tidak wajar untuk diambil sebagai langkah yang bijak,kerana kita belum tahu lagi sikap seseorang itu.Ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cintanya,ianya mungkin diluar jangkaan anda.

Antara langkah yang boleh anda ambil apabila situasi ini berlaku kepada anda adalah:

Beritahulah dia dengan tenang dan ramah
"Kalau benar sudah dijodohkan kita akan bersama,tiba waktunya kita akan bersama"
Ini sedikit demi sedikit meredakan hatinya dari anda terus berkata 
"Saya tak boleh terima awak"


Anda jangan buat layan sangat dengan dia,hal ini menyebabkan di berasa lebih jauh dengan anda.


Bila dia membuat panggilan atau message,jangan senang hati membalas,beritahulah dia anda sibuk ke apa ke.Ini dapat menyebabkan dirinya berasa bosan untuk mencintai orang yang sukar untuk dicintai.


Beritahulah dia
"Perjalanan hidup kita masih jauh,mungkin suatu hari nanti anda akan bertemu dengan orang yang benar-benar mencintai awak lebih dari saya"


"Awak sudah saya anggap sebagai kawan rapat" 


Rasanya itu sahaja yang mampu MP kongsikan.Sebarang penambahan dari anda,tinggalkan di kotak komen ok.



Ungkapan Sebuah Cinta.
Ahad, 26 Disember 2010
 

Cinta
Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya
Kerana disebalik keindahan cinta itu
Tersirat seribu kepahitan
Pastinya merantap kedamaian jiwa
Seorang pencinta setia
Takala ikatan diundang kekecewaan

Cinta
Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara dibibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya sebuah perasaan
Lahirnya dari hati seorang manusia
Berakal beremosi penyayang dan berperasaan

Cinta
Ianya mudah di ungkapkan di bibir
Namun hakikat dan kejujuran
Hanya hati yang mampu berbicara
Kegagalan dan ketersinggungan
Hati jugalah yang menjadi tempat bermulanya kesedihan

Saya Cintakan Awak,Tapi?.
Selasa, 21 Disember 2010
 

http://matcuoi.comSaya cintakan awak,tapi?
saya tidak sanggup mengharungi lautan berapi,manalah tahu badan saya melecur nanti,takut-takut awak jijik melihat saya.

http://matcuoi.comSaya cintakan awak,tapi?
saya tidak sanggup menggapai bintang di langit yang ketujuh buat awak,manalah tahu cahaya bintang itu terlalu terang sehingga membutakan mata saya,nanti cinta kita yang bahagia menjadi cinta buta,awak tak mahukan cinta butakan?

http://matcuoi.comSaya cintakan awak,tapi?
saya nak awak tahu,bahawa cinta saya kepada awak cinta asli,Walaupun saya bukan orang asli.Ini kerana saya takut awak salah faham dengan cinta palsu.Tolong jangan fikir cinta saya terhadap awak palsu.


http://matcuoi.comSaya cintakan awak,tapi?
saya tidak menjanjikan untuk memberikan seribu janji terhadap awak.Sebab saya ni pelupa sedikit.


http://matcuoi.comSaya cintakan awak,tapi?
saya tidak berjanji untuk menuruti segala arahan awak.Saya takut awak suruh saya berambus!!!


 

Banner MP Dah Siap..
Isnin, 20 Disember 2010
 

Maaf,baru hari ini saya membuat post berkaitan hal ini.MP membuat banner ini atas permintaan seorang rakan,dia meminta agar blog MP ni membuat satu banner untuk blog ini.Walau apapun saya juga berterima kasih kepadanya kerana memberikan idea yang cukup bernas bagi saya.Setelah berusaha dengan tidak menggunakan titik peluh yang banyak,siap sudah banner MP.Di kesempatan ini juga,saya nak maklumkan,saya membahasakan panggilan saya dengan MP ringkasan bagi Mahligai Percintan.Harap anda semua dapat menerimanya.
Terima Kasih.

 Perasaan cinta tidak harus dikongsi,
namun,blog Mahligai Percintaan wajar untuk dikongsi.



create your own banner at mybannermaker.com!

Terimalah Banner MP yang tidak seberapa ni.
MP mengucapkan berbanyak terima kasih 
kepada sesiapa yang meletakkan banner MP di blognya.

Seteguh Cinta.
Sabtu, 18 Disember 2010
 


Pemergian cinta tanpa alasan 
adalah suatu hal yang paling menyedihkan.
Tetapi Cinta tanpa alasan adalah 
suatu yang paling indah.
Jadi,haruslah kamu bersedih dahulu 
ketika memilih cinta,
daripada kamu terus bersedih selepas mendapat kebahagiaan.

Kamu mungkin bersedih kerana salah memilih cinta.
Tetapi,mungkin dengan kesalahan dan kesilapan itulah memberi pengalaman yang berguna buatmu dalam memilih cinta yang tepat di keesokannya

Kalu si dia tidak dapat menerima cintamu
ketika dalam keadaan buruk.
Haruslah kamu membiarkan cinta si dia 
ketika kau dalam keadaan yang baik.
Kerana jikalau dia hanya menerima kamu 
ketika dalam keadaan baik,
Itu bererti,si dia mungkin akan meninggalkan kamu 
ketika kamu dalam keadaan buruk.

Ia mungkin merupakan suatu perkara yang pahit,
untuk mengetahui bahawa si dia menolak cintaMu.
Namun,ianya mungkin merupakan sesuatu yang indah
untuk mengetahui kebenaran daripada pembohongan.

Bila Dia Cinta Sejati Mu.
Rabu, 15 Disember 2010
 

DIA MARAHKAN ENGKAU BERSAMA YANG LAIN...
-ITU KERANA DIA TIDAK MENGINGINKAN CINTANYA DIRAMPAS ORANG

DIA INGINKAN PERHATIANMU
-ITU KERANA DIA INGINKAN BELAIAN KASIHMU

DIA TIDAK MAHU KAU MENJAUHINYA
-ITU KERANA DIA BIMBANGKAN DIRIMU

DIA TIDAK MENGINGINKAN PEMBOHONGAN
-ITU KERANA DIA MAHUKAN CINTA YANG TULUS DARIMU

DIA TIDAK MENGHARAPKAN,
KECERIAAN DI WAJAHMU
ANDAI BERSAMANYA,
JIKALAU JAUH DIHATIMU
PENUH DENGAN PENDERITAAN,
KERANA DIA INGIN
MEMBAHAGIAKAN DIRIMU,
BUKAN SEKADAR
DALAM DELIMA PERCINTAAN

Kerana Cinta Berkerana.
Ahad, 12 Disember 2010
 


MURUNGNYA CINTA,
KERANA TIDAK SALING MEMAHAMI.

ROBOHNYA CINTA,
KERANA BODOHNYA BICARA.

CURANGNYA CINTA,
KERANA KURANGNYA BERSAMA.

RINDUNYA CINTA,
KERANA BISUNYA BERKATA.

 CEMBURUNYA CINTA,
KERANA INGIN DIJAGA.

BAHAGIANYA CINTA,
KERANA HATI BERSAMA SERING DIJAGA.

Cinta Sejati.
Sabtu, 11 Disember 2010
 

CINTA YANG SEJATI,
BAGAIKAN MUTIARA DI DASAR LAUTAN,
IANYA SUNGGUH BERHARGA,
NAMUN,IA AMAT SUKAR DIPEROLEHI,
MALAH SUKAR DICARI,
KERANA IA BERADA JAUH DI LANTAI LAUTAN,
YANG GELAP LAGI SURAM,
NAMUN IA TETAP MEMPERTAHANKAN HARGA DIRINYA,
DENGAN BERADA DI DALAM CENGKERANG,
YANG KERAS ASLINYA,
KERANA DIRINYA PENUH KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN,
WALAUPUN DIRINYA TIDAK MAMPU,
UNTUK MENERANGI,
DASAR LAUTAN YANG GELAP LAGI SURAM,
KERANA DIALAH CINTA SEJATI,
YANG CUKUP MENGAMBIL BERAT AKAN MARUAH DIRINYA,
DAN TIDAK PERNAH MEMPAMERKAN,
DAN MEMBANGGAKAN KECANTIKAN DIRINYA,
DAN UNTUK TIDAK PERNAH,
KALAH DALAM DUNIA PERCINTAAN.




KATA BUAT CINTA.
 


CINTA ITU MUDAH DICARI,CINTA JUGA MUDAH DIALAMI DAN CINTA JUGA MUDAH DIMULAI.NAMUN CINTA YANG SEJATI SUKAR DICARI.CINTA ITU MUDAH DICARI KERANA DIMANA-MANA SAHAJA DIA MENANTI.SETIAP KALI SESEORANG ITU JATUH CINTA,DIA AKAN BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN CINTANYA.INGAT,CINTA KADANG-KADANG DIMAINKAN OLEH PERASAAN KITA SENDIRI.TIDAK SEMUA CINTA ITU PALSU,DAN TAK SEMUA CINTA ITU SEJATI...MAKSUD CINTA DIMAINKAN OLEH PERASAAN ADALAH MAINAN NAFSU.HATI-HATILAH DENGAN MAINAN NAFSU.KITA MUNGKIN MENCINTAINYA BUKAN KERANA SIKAP ATAU PERIBADINYA YANG SOLEH ATAU SOLEHAH...TIDAK DINAFIKAN SESEORANG ITU MEMPUNYAI HATI TERHADAP SESEORANG YANG RUPAWAN...HARUS DIINGATKAN ANTARA WAJAH YANG RUPAWAN DENGAN HATI YANG MENAWAN...HATI LEBIH DIGEMARI DAN DISUKAI RAMAI...DAN HATI YANG MENAWAN INI JUGALAH SUKAR DICARI...




JATUH CINTA JATUH HATI.
Jumaat, 10 Disember 2010
 




Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.

SONGEH-SONGEH BILA BERCINTA.
 





♥Jika  kamu melayaninya dengan baik,dia fikir kamu jatuh cinta padanya.Jka tidak,kamu dikatakan sombong.
♥Jika kamu berpakaian kemas,dia fikir kamu sedang cuba untuk memikatnya.Jika tidak,dia akan kata kamu out of date
♥Jika kamu berdebat dengannya,dia kata kamu keras kepala.Jika kamu tetap diam,dia akan kata kamu tak berotak
♥Jika  kamu lebih bijak daripadanya,dia akan rasa malu.Jika dia yang lebih bijak,dia akan kata dia paling hebat
♥Jika kamu tidak cinta kepadanya,dia akan cuba mendapatkan kamu.Jika kamu mencintainya,dia akan cuba meninggalkanmu
♥Jika kamu cerewet pada dia,katanya kamu seperti pengasuh.Tapi jika dia yang cerewet pada kamu,katanya itu kerana dia perihatin
♥Jika kamu melanggar janjimu,katanya kamu tidak boleh dipercayai.Jika dia yang ingkari janjinya,dia kata dia melakukannya kerana terpaksa
♥Jika kamu menyakitinya,katanya kamu kejam.Tapi jika dia yang menyakiti kamu,katanya kamu terlalu sensitif




ANTARA CINTA DAN SUKA.
 



DI HADAPAN ORANG YANG KITA CINTA,HATI KITA AKAN BERDEGUP KENCANG.
TAPI DI DEPAN ORANG YANG KITA SUKA,HATI KITA AKAN GEMBIRA.
DI DEPAN ORANG YANG KITA CINTA,MUSIM SENTISA BERBUNGA.
DI DEPAN ORANG YANG KITA SUKA,MUSIM ITU CUMA BERANGIN SAHAJA.
JIKALAU KITA MELIHAT DI DALAM MATA ORANG YANG KITA CINTA,KITA AKAN KAKU.
JIKALAU KITA MELIHAT MATA ORANG YANG KITA SUKA,KITA AKAN TERSENYUM.
DI DEPAN ORANG YANG KITA CINTA,LIDAH KELU UNTUK BERKATA-KATA.
DI DEPAN ORANG YANG KITA SUKA,LIDAH BEBAS BERKATA APA SAHAJA.
DI DEPAN ORANG YANG KITA CINTA,KITA MENJADI MALU.
DI DEPAN ORANG YANG KITA SUKA,KITA AKAN TUNJUKKAN IMEJ YANG SEBENAR.
BILA ORANG YANG KITA CINTA MENANGIS,KITA AKAN TURUT MENANGIS.
BILA ORANG YANG KITA SUKA MENANGIS,KITA AKAN MEMBUAT DIA GEMBIRA