Follow?



Ramai yang berkata,Cinta itu Buta.Benarkah kata-kata mereka ini.Aku yang masih dalam delima cinta sendiri keliru dengan perasaan sendiri.Aku buntu,adakah cintaku ini yang dimaksudkan cinta yang buta. Kalau benar cinta itu buta,bagaimana dengan perasaanku ini.Haruskah aku melawan atau kuturuti.Cinta...Benarkanlah aku mengetahuimu.Apa erti cinta yang sebenar.

Hayatilah Blog Ini

 orang dalam dilema.


Mahligai Percintaan

Mutiara Cinta


"Cinta itu adalah anugerah.Anugerah yang dikurniakan oleh tuhan kepada makhluknya.Cinta itu lumrah.Seseorang itu tidak akan dapat lari daripada mencintai dan dicintai."
Cinta mu Untuk mu


Pembuka Bicara
Assalamualaikum dan salam cinta buat anda yang sudi melawat ke blog ini.Blog ini sekadar mengongsikan ilmu berkaitan dengan cinta.Bersesuaian dengan tajuk blog ini sendiri iaitu "Mahligai Percintaan". Mungkin isi kandungan yang terdapat dalam blog ini boleh menjadi tantapan dan renungan kepada anda yang mungkin dalam delima percintaan atau sudah memilikinya dan tidak mahu ianya hilang begitu sahaja. Baiklah,saya harap dengan perkongsian ini dapat memberi ilham atau pengajaran yang bermanfaat kepada anda yang sudi untuk menyinggah ke blog ini.Hayatilah:
Mahligai Percintaan

Cinta Berlalu Pergi
Cinta Silam
Perasaan Cinta Bukan Dibuat Mainan
Cinta Yang Aku Punya
Kata Orang Soal Cinta
Air Matamu Sungguh Berharga
Bagaimana Menolak Cinta
Ungkapan Sebuah Cinta
Saya Cintakan Awak,Tapi?
Banner MP Dah Siap.
Seteguh Cinta
Bila Dia Cinta Sejati Mu

Cinta Dalam Kenangan
Disember 2010
Januari 2011
Jun 2011
Julai 2011
September 2011

Halaman Facebook

Kongsikan Banner MP


Pengomen Terkini
Cinta Yang Aku Punya.
Rabu, 13 Julai 2011
 



Seorang kawan MP pernah cakap kat MP bahawa perasaan cinta itu sangat bermakna untuk dia. Dia punya terlalu banyak cinta di dalam hati... di mana cinta-cinta itu lah yang menggembirakan serta mengindahkan hidupnya.


Cinta Kepada Allah
* Cinta kepada Tuhan merupakan cinta yang benar-benar abadi. Saat kita gelisah, tika resah menakluki hati... maka cepat sahaja kita bercerita kepada si dia dan si dia yang penting bagi kita. Tak salah, tapi sebenarnya... apabila kita mengadu kepada Dia, kita berdoa sepenuh hati... maka kita akan merasakan ketenangan. Tenang, ya.. betul. Satu perasaan yang lega. Kawan MP yang lagi sorang pernah cakap kat MP... jangan bergantung 100% kepada seseorang... tapi, bergantunglah 100% kepada Dia. Kerna Dia pencipta kita yang sebenarnya. Kerna hanya Dia yang sangat memahami hati kita. :)

Cinta Kepada Ibu Bapa

* Ha! Yang ni lagi best :D Siapa orang pertama yang mendukung kita ketika kita pertama kali melihat dunia? Siapa yang menitiskan air mata saat melihat kelahiran kita? Siapa yang meletakkan kita dalam pelukan dengan penuh rasa cinta? Mesti anda semua dapat jawab kan? Agak-agaknya, berapa juta lah ringgit malaysia yang telah dihabiskan oleh orang tua tersayang semata-mata untuk membesarkan kita? MP ingat lagi ada satu ketika... MP sedang memilih beg yang cantik. Nama pun cantik, harga mesti la boleh tahan :) Papa MP yang tersayang tercegat kat belakang menunggu MP pilih beg punya laa lama. I'm sorry papa XD Tiba-tiba, hati MP terpaut pada satu beg yang cantik pada pandangan mata MP. Lepas tu papa MP tanya dah pilih ke belum? MP pun cakap, nak yang ni tapi mahal laa. Papa MP senyum je lepas tu dia ambil beg tu dan pergi bayar kat kaunter. MP pun rasa macam nak peluk aje papa waktu itu. Sungguh la, ibu bapa tak pernah berkira untuk anak-anak mereka. Langsung tak kisah semata-mata nak kasi anak mereka perasaan bahagia. Korang semua sayang tak ibu bapa korang? MP sayaaaaang papa dan mama MP :D

Cinta Kepada Ilmu
* Oh, ini semestinya. Ilmu yang menyuluh hidup kita. Ilmu yang menjadi penerang jalan. Ilmu tu ibarat annur, cahaya yang membawa kita keluar dari kegelapan. Tambahan pula, ilmu kan satu ibadah. Satu je prinsip yang MP lekat kemas-kemas kat hati.. iaitu bila MP menuntut ilmu maknanya MP tengah buat ibadah. Bila MP buat ibadah... MP akan dapat pahala. Pahala-pahala yang akan dijadikan di akhirat kelak :) Semestinya, menuntut dan mencari ilmu itu susah. Sangat susah bila Encik Malas merantai hati. Haha. Tapi, hidup tanpa ilmu lagi susah. Sekurang-kurangnya, susah menuntut ilmu itu sekejap sahaja. Pabila nampak hasilnya, terus hilang segala kesengsaraan dan penat lelah. Berbaloi-baloi orang kata. Yang penting, kuatkan diri XD

Cinta Kepada Guru

* Cikgu MP pernah cakap... zaman remaja adalah zaman yang sangat indah. Zaman yang sangat mencabar. Okey. Guru-guru lah yang membentuk diri kita selain ibu bapa. Orang kata, guru itu ibarat ibu-bapa kita yang kedua. Mana taknya, ketika zaman persekolahan... guru la yang menjaga kita di sekolah. Pabila kita sakit demam, cikgu menunjukkan kerisauan. Siap kasi ubat lagi. Pabila kita ketawa, cikgu turut sama ketawa. Tanda dia mahu berkongsi perasaan gembira bersama kita. Guru macam lilin. Sanggup berpenat lelah, mengajar kita akademik dan juga mengajar kita erti hidup. Erti kasih sayang, erti bahagia, erti kecewa, erti kegagalan... semuanya kita harungi bersama :D MP sangat sayangkan cikgu-cikgu MP. Cikgu-cikgu yang sentiasa ada di sisi MP tika MP suka mahupun duka.

Cinta Kepada Sahabat
* Sahabat itu adalah perkara terbaik yang boleh korang miliki dan perkara terbaik yang boleh korang jadi :D Okey, sahabat memang sentiasa datang dan pergi dalam hidup. Sahabat, setiap satunya tidak sama. Ada yang perangai begitu begini. Ada yang bersikap itu dan ini. Tapi kan, kalau laa hidup dengan satu warna sahaja... pasti tidak menarik kan? Makanya, hidup dengan warna-warna pelangi adalah lebih indah. Setiap sahabat punya kisah yang tersendiri, punya senyuman yang tersendiri serta punya tangisan yang tersendiri. Percayalah, sahabat itu sesuatu yang indah. Sesekali menggembirakan, sesekali melukakan.. tapi, tak hairan lah. Sedangkan lidah lagi tergigit.. kan? Hargai lah sahabat yang sudi mewarnai hidup kita... sebelum kita kehilangan mereka. Saat itu, hanya kenangan terindah yang menjadi pengubat lara.

Okey, itu sahajalah cinta-cinta yang MP ada. Korang semua pun mesti ada kan cinta-cinta yang MP tulis kat atas tu kan? Hargai lah cinta-cinta dalam hidup korang sebelum cinta-cinta itu terbang ke awanan. Oh, pasal cinta yang lagi satu tu tak dapat lah MP nak sebut pasal MP pun belum kawen lagi, hahaha.

MP pergi dulu, sekian untuk coretan kali ini :)