
Perasaan Cinta Bukan Dibuat Mainan.
Khamis, 8 September 2011
Kadang-kadang seseorang itu sering mempermainkan perasaannya atau sering sahaja menjadi mangsa kepada permainan perasaannya.Bilakah hal ini berlaku?Perkara sebegini berlaku kepada seseorang yang sebenarnya tidak pernah memahami apa perasaan yang sebenarnya mengenai perasaan cinta.
Mempermainkan perasaan merupakan seseorang yang hanya mencari pasangan untuk jangka masa yang pendek.Berkeinginan mengikut perasaan yang hanya menginginkan ketenangan buat sementara waktu sahaja,dan membiarkan pasangannya pergi apabila sesuatu urusan telahpun selesai.Ini boleh menyebabkan seseorang itu kecewa apabila ditinggalkan.Cuba kita bayangkan orang yang kita anggap akan hidup mati bersama berlalu begitu sahaja.Ianya mungkin sesuatu yang amat sukar untuk dihadapi.
Tetapi apa yang berlaku sekarang?Kebanyakan orang hanya mempermainkan perasaan mereka sendiri dengan mencari pasangan buat jangka masa yang pendek sahaja.Ada sesetengah orang pula,rela menjadi tempat untuk menerima sahaja perasaan seseorang dengan senang hati.Senang kata sebagai "Part Time Lover".Sedarlah,perasaan itu bukan untuk dipermainkan sewenang-wenangnya.Perihalalah ia,dan berilah kepada yang setia.
Benar kata orang "Perasaan bukan untuk dipendam".Tetapi harus di ingatkan,perasaan cinta itu harus dilepaskan apabila sampai waktu,usia,dan keadaannya.Silap-silap kita sendiri yang menjadi mangsa perasaan yang membawa ke lembah kekecewaan.
"Perasaan cinta hanya menginginkan kebahagiaan.Oleh itu janganlah engkau mempermainkan perasaan cintamu sendiri kepada orang yang tidak wajar diberikan.Kerana perasaan kecewa yang disulamkan perasaan cinta,hanya membawa kecelakaan"
2 orang melabuhkan bicara
Setuju sangat2 dengan entry awak ni!By the way,I admire your blog!Cantik and simple!:D
Nice entry XD! btw, kite follow blog yang sweet ni :)
Catat Ulasan
Anda mempunyai sebarang komen untuk artikel ini?Sila tinggalkan Komen anda di dalam kotak komen di bawah.Terima Kasih atas Komen yang diberikan.