
Kata Orang Soal Cinta.
Isnin, 6 Jun 2011
Kata orang cinta itu Buta.Benarkah???
Dalam dunia ini,tiada satupun cinta yang buta.Tetapi seseorang yang membuta kerana cinta sememangnya ada.Ini kerana mereka mengabdikan diri mereka semata-mata cinta yang ingin dimiliki.Cinta itu merupakan anugerah tuhan kepada manusia.Sedangkan haiwan hidup berpasangan,lebih-lebih lagilah manusia yang mempunyai akal fikiran.Namun tragedi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya,cinta manusia disamakan dengan haiwan.Contohnya cinta monyek.Istilah ini sudah sebati dengan fikiran remaja,terutamanya yang masih dalam persekolahan.Cinta seperti ini sememangnya cinta yang tidak masuk akal dan tidak sepatutnya berlaku kepada makhluk yang berakal.
Bayangkan sekiranya para pelajar sekolah.Sedangkan perkahwinan yang paling normal dalam kalangan mansyarakat adalah apabila berusia diantara 25 tahun-30 tahun.Berapa lama harus bertahan dengan perasaan itu.Lambat laun ianya terhakis dan tidak membawa apa-apa faedah.Itupun bagi yang dapat mengawal diri.Bagaimana pula dengan seseorang yang tidak dapat mengawal perasaan?Silap-silap buta pulak jadinya dalam hal ini.Bukan buta mata,buta hati.
Buta kerana cinta itu berlaku disebabkan nafsu.Cinta yang berutuhkan nafsu tidak kekal selamanya kerana dunia ini masih luas,dan orang di sekeliling masih ramai yang mampu terpauk di hati kita.Sikap nafsu itu selalu berubah-ubah dan sekiranya seseorang itu bercinta mengikut kehendak nafsu bermakna seseorang itu tidak akan tetap dengan pasangannya sendiri.Hal inilah yang menyebabkan berlakunya fenomena penceraian.Tidak ketinggalan juga kes pembuangan bayi yang berlaku dalam kalangan remaja atau belia yang semakin menjadi hobi dunia buat zaman ini dan tidak janggal lagi didengarkan.
Kesimpulannya,janganlah korang senang-senang mencari pasangan hati.Carilah yang benar-benar memiliki peribadi yang baik yang mampu kekal ke akhir hayat.Jangan ikutkan pandangan normal sahaja.Pandanglah ia dengan pandangan hati.