Follow?



Ramai yang berkata,Cinta itu Buta.Benarkah kata-kata mereka ini.Aku yang masih dalam delima cinta sendiri keliru dengan perasaan sendiri.Aku buntu,adakah cintaku ini yang dimaksudkan cinta yang buta. Kalau benar cinta itu buta,bagaimana dengan perasaanku ini.Haruskah aku melawan atau kuturuti.Cinta...Benarkanlah aku mengetahuimu.Apa erti cinta yang sebenar.

Hayatilah Blog Ini

 orang dalam dilema.


Mahligai Percintaan

Mutiara Cinta


"Cinta itu adalah anugerah.Anugerah yang dikurniakan oleh tuhan kepada makhluknya.Cinta itu lumrah.Seseorang itu tidak akan dapat lari daripada mencintai dan dicintai."
Cinta mu Untuk mu


Pembuka Bicara
Assalamualaikum dan salam cinta buat anda yang sudi melawat ke blog ini.Blog ini sekadar mengongsikan ilmu berkaitan dengan cinta.Bersesuaian dengan tajuk blog ini sendiri iaitu "Mahligai Percintaan". Mungkin isi kandungan yang terdapat dalam blog ini boleh menjadi tantapan dan renungan kepada anda yang mungkin dalam delima percintaan atau sudah memilikinya dan tidak mahu ianya hilang begitu sahaja. Baiklah,saya harap dengan perkongsian ini dapat memberi ilham atau pengajaran yang bermanfaat kepada anda yang sudi untuk menyinggah ke blog ini.Hayatilah:
Mahligai Percintaan

Cinta Berlalu Pergi
Cinta Silam
Perasaan Cinta Bukan Dibuat Mainan
Cinta Yang Aku Punya
Kata Orang Soal Cinta
Air Matamu Sungguh Berharga
Bagaimana Menolak Cinta
Ungkapan Sebuah Cinta
Saya Cintakan Awak,Tapi?
Banner MP Dah Siap.
Seteguh Cinta
Bila Dia Cinta Sejati Mu

Cinta Dalam Kenangan
Disember 2010
Januari 2011
Jun 2011
Julai 2011
September 2011

Halaman Facebook

Kongsikan Banner MP


Pengomen Terkini
Kata Orang Soal Cinta.
Isnin, 6 Jun 2011
 


Kata orang cinta itu Buta.Benarkah???

Dalam dunia ini,tiada satupun cinta yang buta.Tetapi seseorang yang membuta kerana cinta sememangnya ada.Ini kerana mereka mengabdikan diri mereka semata-mata cinta yang ingin dimiliki.Cinta itu merupakan anugerah tuhan kepada manusia.Sedangkan haiwan hidup berpasangan,lebih-lebih lagilah manusia yang mempunyai akal fikiran.Namun tragedi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya,cinta manusia disamakan dengan haiwan.Contohnya cinta monyek.Istilah ini sudah sebati dengan fikiran remaja,terutamanya yang masih dalam persekolahan.Cinta seperti ini sememangnya cinta yang tidak masuk akal dan tidak sepatutnya berlaku kepada makhluk yang berakal.    

Bayangkan sekiranya para pelajar sekolah.Sedangkan perkahwinan yang paling normal dalam kalangan mansyarakat adalah apabila berusia diantara 25 tahun-30 tahun.Berapa lama harus bertahan dengan perasaan itu.Lambat laun ianya terhakis dan tidak membawa apa-apa faedah.Itupun bagi yang dapat mengawal diri.Bagaimana pula dengan seseorang yang tidak dapat mengawal perasaan?Silap-silap buta pulak jadinya dalam hal ini.Bukan buta mata,buta hati.

Buta kerana cinta itu berlaku disebabkan nafsu.Cinta yang berutuhkan nafsu tidak kekal selamanya kerana dunia ini masih luas,dan orang di sekeliling masih ramai yang mampu terpauk di hati kita.Sikap nafsu itu selalu berubah-ubah dan sekiranya seseorang itu bercinta mengikut kehendak nafsu bermakna seseorang itu tidak akan tetap dengan pasangannya sendiri.Hal inilah yang menyebabkan berlakunya fenomena penceraian.Tidak ketinggalan juga kes pembuangan bayi yang berlaku dalam kalangan remaja atau belia yang semakin menjadi hobi dunia buat zaman ini dan tidak janggal lagi didengarkan.

Kesimpulannya,janganlah korang senang-senang mencari pasangan hati.Carilah yang benar-benar memiliki peribadi yang baik yang mampu kekal ke akhir hayat.Jangan ikutkan pandangan normal sahaja.Pandanglah ia dengan pandangan hati.

Air Matamu Sungguh Berharga.
Khamis, 6 Januari 2011
 


Pernahkah anda kecewa dalam percintaan?Kalau ya,kenapa harus menangis.Anda tidak perlu membazirkan air mata anda untuk menangis kerana cinta,itu kerana ianya satu tangisan yang tidak bermakna.Anda menangis kerana terluka dalam percintaan?Kenapalah harus menangis.Cinta itu bukan untuk ditangiskan kerana terluka,sebaliknya untuk membina sebuah cinta yang bahagia.Tidak wajar untuk anda menitiskan air mata anda dalam hal percintaan.Terluka dalam cinta itu ibarat penyakit,tidak dapat tidak ianya memerlukan masa sehinggalah ia sembuh.Menangis,bukan penawarnya,sebaliknya ketabahan dan kesabaranlah yang mampu menyembuhkan perasaan hati yang terluka.

?Menangis kerana terluka dalam percintaan?

Titisan air mata yang pertama menunjukkan hati anda mengalami kesedihan.

Titisan air mata yang kedua menunjukkan kelemahan diri anda.

Titisan air mata yang ketiga menunjukkan maruah diri anda.

Seterusnya termasuklah ketiga-tiga yang berikut. 

I'am Sick Of Crying
I'am Tired Of Trying
Yeah,I'am Smilling
With My Heart,I Will Keep Moving
Without Sad Ending.

Bagaimana Menolak Cinta.
Rabu, 29 Disember 2010
 


Baru-baru ni,ada seorang rakan MP datang bertemu dengan MP.Dia datang lalu menceritakan apa masalah yang sedang dihadapi olehnya.Dia beritahu MP,dia kata ada seseorang mencintainya.Orang itu telah membuat pengakuan yang berterus terang kepadanya.Kawan MP ni kata,dia sudah mempunyai seseorang yang dicintai.Namun dia tidak sampai hati untuk menolak cinta orang tersebut.Dia tanya MP,Bagaimana nak menolak cinta seseorang itu?

Persoalan yang bakal MP rungkaikan di blog MP ini.
Ianya mungkin amat mengelirukan dalam menhadapi situasi seperti ini,namun ia harus diharungi dengan bijaksana.
Langkah yang salah mampu mengundang masaalah.

Anda tidak seharusnya memberitahunya secara berterus-terang bahawa anda tidak boleh menerima cintanya.Tindakan ini tidak wajar untuk diambil sebagai langkah yang bijak,kerana kita belum tahu lagi sikap seseorang itu.Ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cintanya,ianya mungkin diluar jangkaan anda.

Antara langkah yang boleh anda ambil apabila situasi ini berlaku kepada anda adalah:

Beritahulah dia dengan tenang dan ramah
"Kalau benar sudah dijodohkan kita akan bersama,tiba waktunya kita akan bersama"
Ini sedikit demi sedikit meredakan hatinya dari anda terus berkata 
"Saya tak boleh terima awak"


Anda jangan buat layan sangat dengan dia,hal ini menyebabkan di berasa lebih jauh dengan anda.


Bila dia membuat panggilan atau message,jangan senang hati membalas,beritahulah dia anda sibuk ke apa ke.Ini dapat menyebabkan dirinya berasa bosan untuk mencintai orang yang sukar untuk dicintai.


Beritahulah dia
"Perjalanan hidup kita masih jauh,mungkin suatu hari nanti anda akan bertemu dengan orang yang benar-benar mencintai awak lebih dari saya"


"Awak sudah saya anggap sebagai kawan rapat" 


Rasanya itu sahaja yang mampu MP kongsikan.Sebarang penambahan dari anda,tinggalkan di kotak komen ok.



Ungkapan Sebuah Cinta.
Ahad, 26 Disember 2010
 

Cinta
Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya
Kerana disebalik keindahan cinta itu
Tersirat seribu kepahitan
Pastinya merantap kedamaian jiwa
Seorang pencinta setia
Takala ikatan diundang kekecewaan

Cinta
Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara dibibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya sebuah perasaan
Lahirnya dari hati seorang manusia
Berakal beremosi penyayang dan berperasaan

Cinta
Ianya mudah di ungkapkan di bibir
Namun hakikat dan kejujuran
Hanya hati yang mampu berbicara
Kegagalan dan ketersinggungan
Hati jugalah yang menjadi tempat bermulanya kesedihan

Saya Cintakan Awak,Tapi?.
Selasa, 21 Disember 2010
 

http://matcuoi.comSaya cintakan awak,tapi?
saya tidak sanggup mengharungi lautan berapi,manalah tahu badan saya melecur nanti,takut-takut awak jijik melihat saya.

http://matcuoi.comSaya cintakan awak,tapi?
saya tidak sanggup menggapai bintang di langit yang ketujuh buat awak,manalah tahu cahaya bintang itu terlalu terang sehingga membutakan mata saya,nanti cinta kita yang bahagia menjadi cinta buta,awak tak mahukan cinta butakan?

http://matcuoi.comSaya cintakan awak,tapi?
saya nak awak tahu,bahawa cinta saya kepada awak cinta asli,Walaupun saya bukan orang asli.Ini kerana saya takut awak salah faham dengan cinta palsu.Tolong jangan fikir cinta saya terhadap awak palsu.


http://matcuoi.comSaya cintakan awak,tapi?
saya tidak menjanjikan untuk memberikan seribu janji terhadap awak.Sebab saya ni pelupa sedikit.


http://matcuoi.comSaya cintakan awak,tapi?
saya tidak berjanji untuk menuruti segala arahan awak.Saya takut awak suruh saya berambus!!!


 

Banner MP Dah Siap..
Isnin, 20 Disember 2010
 

Maaf,baru hari ini saya membuat post berkaitan hal ini.MP membuat banner ini atas permintaan seorang rakan,dia meminta agar blog MP ni membuat satu banner untuk blog ini.Walau apapun saya juga berterima kasih kepadanya kerana memberikan idea yang cukup bernas bagi saya.Setelah berusaha dengan tidak menggunakan titik peluh yang banyak,siap sudah banner MP.Di kesempatan ini juga,saya nak maklumkan,saya membahasakan panggilan saya dengan MP ringkasan bagi Mahligai Percintan.Harap anda semua dapat menerimanya.
Terima Kasih.

 Perasaan cinta tidak harus dikongsi,
namun,blog Mahligai Percintaan wajar untuk dikongsi.



create your own banner at mybannermaker.com!

Terimalah Banner MP yang tidak seberapa ni.
MP mengucapkan berbanyak terima kasih 
kepada sesiapa yang meletakkan banner MP di blognya.

Seteguh Cinta.
Sabtu, 18 Disember 2010
 


Pemergian cinta tanpa alasan 
adalah suatu hal yang paling menyedihkan.
Tetapi Cinta tanpa alasan adalah 
suatu yang paling indah.
Jadi,haruslah kamu bersedih dahulu 
ketika memilih cinta,
daripada kamu terus bersedih selepas mendapat kebahagiaan.

Kamu mungkin bersedih kerana salah memilih cinta.
Tetapi,mungkin dengan kesalahan dan kesilapan itulah memberi pengalaman yang berguna buatmu dalam memilih cinta yang tepat di keesokannya

Kalu si dia tidak dapat menerima cintamu
ketika dalam keadaan buruk.
Haruslah kamu membiarkan cinta si dia 
ketika kau dalam keadaan yang baik.
Kerana jikalau dia hanya menerima kamu 
ketika dalam keadaan baik,
Itu bererti,si dia mungkin akan meninggalkan kamu 
ketika kamu dalam keadaan buruk.

Ia mungkin merupakan suatu perkara yang pahit,
untuk mengetahui bahawa si dia menolak cintaMu.
Namun,ianya mungkin merupakan sesuatu yang indah
untuk mengetahui kebenaran daripada pembohongan.